• Laman Utama
  • Bahagian
  • Ibu Pejabat
  • Pengurusan Korporat (KOP)


Bahagian Pengurusan Korporat JKR Perak yang terletak di Aras 3, Ibu Pejabat JKR Negeri Perak telah ditubuhkan pada 1 April 2005 dan diterajui oleh Jurutera Awam Kanan serta dibantu dengan 20 kakitangan.

Tujuan utama penubuhan bahagian ini adalah untuk membantu pengurusan JKR Perak kearah melaksanakan tanggungjawab sebagai bahagian yang membantu menaikkan imej korporat JKR Negeri Perak amnya serta mengkoordinasikan segala bentuk maklumat dalam merencanakan segala bentuk perlaksanaan sejajar misi dan visi Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Objektif Bahagian ialah untuk :-

  1. Melaksana Perancangan Strategik dan korporat untuk meningkatkan prestasi JKR Perak selaras dengan Visi dan Misi Jabatan.
  2. Meningkatkan kualiti penyampaian jabatan dengan kawalan dan pemantauan prosedur kualiti, kualiti pelaksanaan dan kualiti produk secara berkesan disamping menggalakkan inovasi dan kreativiti melalui KIK dan insentif kualiti.
  3. Meningkatkan tahap kompetensi kakitangn JKR Perak dengan latihan terancang dan pemantapan penggunaan Teknologi Maklumat.
  4. Sebagai Pusat Maklumat JKR Perak meliputi pengurusan data berpusat, pelaporan, pengurusan aduan dan perolehan Khidmat Professional luar.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 06:31:35.