Bahagian Pentadbiran Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak Darul Ridzuan adalah antara Bahagian yang berada di dalam Bangunan Ibu Pejabat JKR Perak. Secara umumnya, Bahagian ini terbahagi kepada 6 unit yang lebih khusus dalam menjalankan tugasan harian. 6 unit itu adalah :-

  • Unit Khidmat Pengurusan
  • Unit Aset & Stor
  • Unit Perolehan
  • Unit Integriti
  • Unit Latihan
  • Unit Sumber Manusia

Beribu pejabat dan beralamat di Aras 5, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, aras ini menempatkan pejabat Pengarah Kerja Raya Negeri, pejabat Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, dan Bahagian Pentadbiran.

Keseluruhan Bahagian Pentadbiran Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak Darul Ridzuan ini digerakkan dengan kekuatan kakitangan seramai 25 orang. Untuk memastikan pergerakan harian yang lancar dan jaya, Bahagian ini dikemudi oleh seorang Ketua Penolong Pengarah gred M52.

 


logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 00:41:29.