Bahagian Kewangan dan Akaun, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak Darul Ridzuan terletak di Aras 5, Bangunan Ibu Pejabat JKR Perak. Secara umumnya, Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit yang lebih khusus iaitu :-

  1. Unit Kewangan Persekutuan
  2. Unit Kewangan Negeri
  3. Unit Kewangan MARRIS

Bahagian Kewangan dan Akaun, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 17 orang kakitangan, yang diketuai oleh seorang Akauntan Gred WA41/WA44 bersama 4 orang pegawai Persekutuan, 10 orang pegawai Negeri dan 2 orang pegawai MARRIS.

Akauntan yang terkini ialah Puan Rohimah binti Ramli. 

Fungsi Bahagian Kewangan dan Akaun

  • Mengurus dan memantau perkara berkaitan Bajet Mengurus Jabatan.
  • Mengurus dan memantau perkara berkaitan Bayaran dan Tuntutan.
  • Mengurus dan memantau prestasi perbelanjaan jabatan.
  • Mengurus dan memantau perkara berkaitan Perakaunan Deposit, Amanah, Hasil dan Akaun Belum Terima.
  • Menyedia, mengurus dan memantau pelaporan berkaitan Perbelanjaan Mengurus, Perbelanjaan Pembangunan, Perakaunan dan Laporan Penyesuaian.
  • Menyedia dan menyimpan daftar, rekod dan dokumen-dokumen kewangan.
  • Menjawab pertanyaan audit dan pertanyaan berkaitan kewangan dari semasa ke semasa.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 00:41:29.