Profil Organisasi

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak telah ditubuhkan sejak 1878 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. JKR Perak berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai jabatan-jabatan negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain. JKR Perak juga bertanggungjawab untuk membangun dan menyenggara prasarana dan kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat khususnya warga Negeri Perak Darul Ridzuan.

Fungsi Kami

Jabatan Kerja Raya diwujudkan untuk :

Berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan
Menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara
Menyediakan infrastruktur negara

Struktur Organisasi

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan diterajui oleh seorang Pengarah Kerja Raya. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Kerja Raya, tujuh (7) Ketua Bahagian dari tujuh (7) bahagian,  dua belas (12) Jurutera Daerah dari dua belas (12) Daerah, dua (2) Cawangan dan dua (2) Unit. Pentadbiran JKR Perak meliputi seluruh Negeri Perak seperti berikut :-

Peringkat Ibu Pejabat JKR Perak :- 

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Ibu Pejabat Aras 1
Bahagian Jalan, JKR Ibu Pejabat Aras 2
Bahagian Cawangan Persekutuan & Aset Bersepadu, JKR Ibu Pejabat  Aras 2
Bahagian Korporat, JKR Ibu Pejabat Aras 3
Bahagian Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perak, JKR Ibu Pejabat Aras 3
Bahagian Arkitek, JKR Ibu Pejabat Aras 4
Bahagian Pentadbiran, JKR Ibu Pejabat Aras 5
Bahagian Kewangan, JKR Ibu Pejabat Aras 5
Bahagian Bangunan, JKR Ibu Pejabat Aras 6
Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur, JKR Ibu Pejabat Aras 6
Bahagian Pengurusan Maklumat, JKR Ibu Pejabat Aras 6

Peringkat Cawangan :-

  1. JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Lorong Lahat, Kampung Temiang, 31650 Ipoh, Perak.
  2. JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Lorong Lahat, 30200 Ipoh, Perak.

Peringkat Daerah :-

  1. JKR Daerah Batang Padang, 35000 Tapah, Perak.
  2. JKR Daerah Hilir Perak, Jalan Mustapa Al-Bakri, 36000 Teluk Intan , Perak
  3. JKR Daerah Manjung, Bandar Baru Sri Manjung, 32040 Sri Manjung, Perak.
  4. JKR Daerah Perak Tengah, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak.
  5. JKR Daerah Kinta, Jalan Charleton, 30100 Ipoh, Perak
  6. JKR Daerah Kuala Kangsar, Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
  7. JKR Daerah Hulu Perak, 33300 Gerik, Perak.
  8. JKR Daerah Kerian, 34200 Parit Buntar, Perak.
  9. JKR Daerah Larut, Matang & Selama, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak.
  10. JKR Daerah Muallim
  11. JKR Daerah Bagan Datuk
  12. JKR Daerah Kampar

Peringkat Unit :-

  1. Unit Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), 32100 Lumut, Perak
  2. Unit Tentera Negeri, Jalan Kuala Kangsar 30010 Ipoh, Perak

JKR Perak bertanggungjawab terus kepada Kerajaan Negeri Perak untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pada masa yang sama, JKR Negeri juga bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia untuk projek-projek persekutuan di Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 06:31:35.