Profil Bahagian Arkitek

Bahagian Arkitek merupakan sebuah unit teknikal di dalam Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan yang berperanan utama dalam memberikan perkhidmatan senibina (architectural servcies) dan khidmat nasihat teknikal dalam bidang senibina, hiasan dalaman dan juga pengurusan projek kepada agensi-agensi Kerajaan di Negeri dan Persekutuan.

Bahagian ini diterajui oleh seorang Arkitek Penguasa (J52) dan dibantu oleh dua (2) Arkitek J44 dan J41 serta seramai 34 orang kakitangan sokongan yang terdiri daripada Penolong Pegawai Senibina, Pelukis Pelan dan kakitangan Pentadbiran.

Objektif Bahagian

Menyediakan rekabentuk senibina yang dapat memenuhi kehendak dan memberikan kepuasan kepada pelanggan dalam tempoh dan kos yang diperuntukkan.

Menghasilkan rekabentuk bangunan dan infrastruktur menepati keperluan keselamatan pengguna, kemudahan senggaraan, ciri-ciri rekabentuk serta mencapai kualiti yang telah ditetapkan.


Fungsi Bahagian

  1. Menyediakan reka-bentuk senibina dan hiasan dalaman dalam pelaksanaan projek-projek Persekutuan dan Negeri yang dijalankan secara konvensional dalaman.
  2. Mengurus perlantikan dan penyediaan reka bentuk seni bina perunding bagi projek-projek yang dijalankan secara konvensional perunding dan reka & bina.
  3. Merancang, merekabentuk dan menguruskan pelaksanaan projek-projek Istana.
  4. Menyediakan lukisan rekabentuk, tender, sebut-harga dan lukisan kerja untuk projek-projek Persekutuan dan Negeri.
  5. Menyelia dan memantau pelaksanaan projek-projek yang sedang dibina.
  6. Memberikan nasihat teknikal dalam bidang senibina dan hiasan dalaman kepada Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan lain dalam pelaksanaan projek dan juga penganjuran majlis-majlis rasmi Kerajaan.
 
SENARAI NAMA KETUA BAHAGIAN ARKITEK JKR NEGERI PERAK
 
1 K.J Bail        1950  -  1952
2 Mr. J.C. Todd 1952  -  1954
3 Mr. P. G. Morley 1952  -  1954
4 Mr. C. Walker 1954  -  1955
5 Mr. Yap Pow Veng 1956  -  1957
6 Mr. K. C. Duncan 1957  -  1958
7 Mr. J. C. Perkis 1957  -  1958
8 Mr. George Lee Chong Sin 1958  -  1959
9 Mr. Chuah Yet Rian 1960  -  1961
10 Mr. Tan Kong Hong 1961  -  1962
11 Mr. Chung Swee Hwa 1962  -  1964
12 En. Abdullah Bakri bin Wahab 1964  -  1972
13 Mr. Liang Wei Hwa 1972  -  1977
14 Mr. Ng Kim Bee 1978  -  1979
15 Mr. Wong Cho Kiong 1979  -  1984
16 Miss Lee Bee Chew 1984  -  1986
17 En. Ahmad Hanbali Hj Mohamad 1986  -  1992
18 Dato Shamsuri bin Mohamad 1993  -  2015
19 Ar. Abd. Shukor bin Ismail 2016  -  2017
20 En. Mohamad Fauzi bin Ariffin 2019  -  2022
21 Pn. Haslina Binti Abd Majid 2022  -  Kini

 

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 06:31:35.