Skip to main content

SH/P/JKR/JMN/SFM/Mek 23/2025

JKR BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NOTIS SEBUT HARGA KERJA


SH/P/JKR/JMN/SFM/Mek 23/2025
KONTRAK BERJADUAL SECARA KOMPREHENSIF BAGI KERJA- KERJA PENYELENGGARAAN
DUA (2) UNIT LIF PENUMPANG UNTUK TEMPOH DUA PULUH EMPAT (24) BULAN DI
BANGUNAN SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA, PERAK DARUL RIDZUAN.


1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Malaysia dan
mempunyai Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perakuan Pendaftaran
Kontraktor (PPK) serta, Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
(SPKK) yang masih sah dalam Gred G1 @ G2 @ G3 @ G4 @ G5 @ G6 @ G7 Kategori
ME Pengkhususan M03.


(Tempoh sah sijil-sijil hendaklah tidak kurang 60 hari dari tarikh tutup iklan ini)


2. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN (Petender hendaklah kemukakan Sijil Pendaftaran
Asal CIDB (Perakuan Pendaftaran Kontraktor & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) & PKK
(Sijil Taraf Bumiputera), SSM (Sijil Pendaftaran Syarikat. Surat Kebenaran Khas CIDB
adalah tidak dibenarkan. Taklimat akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 16/07/2025 (RABU)
Masa : 10:00 pagi - 10:30 pagi (Pendaftaran)
10:30 pagi (Jangkaan Taklimat)
Tempat : DEWAN SRI MERANTI,
JKR CKM PERAK, LORONG LAHAT, IPOH, PERAK
(Perhatian: Kontraktor tidak dibenarkan menghantar wakil untuk hadir lawatan tapak)


3. Kontraktor dikehendaki membuat semakan kelayakan melalui pautan
http://s3pk.perak.gov.my/IklanDetails.aspx?refNo=PRO250709081245852 atau
melalui imbasan QR Kod di bawah bermula dari tarikh 09/07/2025 bermula jam 08:00
pagi sehingga 16/07/2025 jam 05:00 petang sahaja. Sila klik butang Berminat untuk
tujuan pendaftaran Sebut Harga kerja ini.


4. Emel yang mengandungi no siri unik akan dihantar melalui EMEL RASMI SYARIKAT
YANG AKTIF SAHAJA (Emel persendirian tidak dibenarkan) Dokumen Sebut Harga
boleh dimuat turun dari laman sesawang S3PK Negeri Perak, bermula dari
17/07/2025 sehingga 18/07/2025 setelah menerima emel pengesahan kehadiran.


5. Dokumen sebutharga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi hendaklah
dihantar dengan serahan tangan atau perkhidmatan pos dan dimasukkan ke dalam
Peti Tawaran Sebut Harga JKR BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, JKR
CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI PERAK Ketua Jurutera Mekanikal
Negeri JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak 30200 Lorong Lahat, Ipoh
Perak TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengah hari, hari ISNIN, 28/07/2025.


6. Sebarang pertanyaan sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi nombor telefon 05 254 0817 / 05 254 0826 / 05
255 7313.

Ir. MOHAMAD NIZAM BIN IBRAHIM
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri
09/07/2025