Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta memaklumkan bahawa penutupan laluan selorong dan lencongan berkala akan dilaksanakan bagi kerja-kerja pembinaan semula serta penurapan jalan di 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗙𝗧𝟬𝟬𝟱 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴–𝗜𝗽𝗼𝗵–𝗔𝘆𝗲𝗿 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗿 (𝗙𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗖𝗼𝗻𝗻𝗲𝗰𝘁𝗼𝗿), 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭.𝟬𝟬 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮.𝟴𝟬, berhampiran Stesen Minyak Caltex Falim.
𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔
𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗥𝗲𝗰𝗼𝗻𝘀𝘁𝗿𝘂𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻
22 hingga 28 Oktober 2026
9.00 pagi hingga 5.30 petang
𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗠𝗶𝗹𝗹 & 𝗣𝗮𝘃𝗲
28 Oktober hingga 14 November 2026
9.00 malam hingga 5.30 pagi
𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔
Penutupan lorong akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan kerja.
Sentiasa berhati-hati dan patuhi papan tanda serta arahan pegawai bendera di lokasi.
Rancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Pihak JKR memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh kerja dilaksanakan.