Dimaklumkan bahawa kerja-kerja Partial Reconstruction di Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley, Seksyen 3.0 – 4.0 (L&R), Kawasan Industri Keramat Pulai masih diteruskan bagi memastikan tahap keselamatan, keselesaan dan kualiti jalan raya berada dalam keadaan terbaik untuk pengguna.
Sehubungan itu, penutupan jalan secara selorong dan lencongan lalu lintas akan dilanjutkan seperti ketetapan berikut:
𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶:
𝗙𝗧𝟭𝟴𝟱 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗶 – 𝗕𝗹𝘂𝗲 𝗩𝗮𝗹𝗹𝗲𝘆
𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟯.𝟬 – 𝟰.𝟬 (𝗟&𝗥)
𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗶
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟬𝟯 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗠𝗮𝘀𝗮: 𝟴.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺
Pihak JKR Daerah Kinta sentiasa berusaha mempercepatkan pelaksanaan kerja dengan pemantauan rapi demi memastikan laluan yang lebih selamat dan selesa untuk kegunaan jangka panjang.
Kerjasama, kesabaran dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai.