10 Februari 2026 (Selasa) – Jurutera Daerah Kinta Ybrs Ir. Rijal Nazli Bin Sulaiman untuk pertama kali bersama dengan warga JKR Kinta di dalam Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari yang diadakan di Perkarangan Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta pagi ini.
Sehubungan itu, terdapat tiga perkara utama yang akan Jurutera Daerah Kinta terapkan dalam pentadbiran iaitu:
𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮, 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 – Beliau mengalu-alukan idea dan cadangan kreatif daripada semua warga bagi mempercepatkan serta menambah baik penyampaian perkhidmatan.
𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮, 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 – Beliau berharap semua warga JKR Kinta akan melaksanakan tugas dengan telus, jujur dan profesional, selaras dengan peraturan serta etika perkhidmatan awam.
𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮, 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 – Beliau juga sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan, cadangan dan suara warga JKR Kinta.
Harapan Jurutera Daerah Juga, marilah kita jadikan tahun 2026 sebagai titik tolak untuk membawa JKR Kinta ke tahap yang lebih tinggi. dan amat mengharapkan dedikasi, iltizam dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan negara.
Akhir kata, Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja JKR Daerah Kinta mendoakan agar tahun 2026 membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada kita semua.