Salam Sejahtera.

 

Selamat datang ke Laman Web Rasmi JKR Daerah Manjung.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat mengunjungi laman web JKR Daerah Manjung yang merupakan jabatan teknikal dibawah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan jalanraya dan bangunan dibawah peruntukan Negeri dan Persekutuan serta memberi khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukannya di daerah Manjung.

 

Sejajar dengan hasrat untuk menjadi sebuah jabatan teknikal yang cekap dan berkesan, JKR Daerah Manjung akan melaksanakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan projek, senggaraan jalan dan bangunan serta khidmat nasihat teknikal untuk mencapai tahap kualiti bagi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan memberi pendekatan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomik, rekabentuk dan mutu yang terbaik.

 

Sehubungan dengan itu, JKR Daerah Manjung berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan di dalam segala bidang yang telah dipertanggungjawab. Selain itu juga, JKR Daerah Manjung mengalu-alukan sebarang aduan, pertanyaan, maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan jabatan ini. Mudah-mudahan jabatan ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cemerlang untuk anda sepanjang masa.

 

Diharap para pengunjung akan mendapat pelbagai maklumat dan informasi yang lebih manfaat dengan melayari laman web ini. Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau cadangan sila hubungi kami melalui pautan yang disediakan.

 

Kami amat mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan cadangan yang membina agar jabatan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Kami berharap perkhidmatan yang diberi akan dapat dipertingkatkan lagi melalui penambahbaikan secara berterusan di laman web ini.

 

Selamat melayari laman web rasmi JKR Daerah Manjung.

Sekian, terima kasih.

 

Ir. James anak Musa

Jurutera Daerah,

Jabatan Kerja Raya,

Daerah Manjung

 

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.