Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk menyampaikan perutusan sebagai Jurutera Daerah Kuala Kangsar buat pertama kalinya di dalam online portal laman web JKR Daerah Kuala Kangsar.

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi JKR Perak kerana memberi peluang kepada saya dalam menyampaikan sepatah dua kata. Tahniah juga kepada semua pegawai dan kakitangan JKR Daerah Kuala Kangsar kerana bersama-sama dalam membantu memberi perkhidmatan dan memikul tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan amanah yang diberi. Di samping itu bersama-sama saya dalam mengharungi ujian dan cabaran dengan penuh dedikasi.

Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui JKR Daerah Kuala Kangsar yang merupakan salah satu daerah utama bagi Negeri Perak kerana disini terletaknya Bandar DiRaja Kuala Kangsar dan mempunyai sebanyak 9 mukim. Jumlah panjang jaringan jalan raya persekutuan ialah 103.34km manakala jumlah panjang jaringan jalan raya negeri ialah 318.64km.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi JKR Perak kerana mewujudkan ruangan portal online ini. Saya berharap ianya dapat memberi maklumat dan informasi yang berguna dan pantas kepada semua orang awam dan penduduk Daerah Kuala Kangsar khususnya.

Sekian, wassalam.

Ir. Norikhwan bin Abu Seman

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.