SELAMAT SEJAHTERA

Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi JKR Daerah Batang Padang, Tapah. Jabatan Kerja Raya Daerah Batang Padang merupakan sebuah Jabatan Teknikal di bawah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan. Laman web ini diwujudkan bagi memudahkan pengunjung mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi jabatan ini sebagai aspirasi perkhidmatan sektor awam.

 

Sebagai agensi teknikal utama kerajaan, JKR Daerah Batang Padang akan melaksanakan perkhidmatan dan menyerahkan produk yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan melalui kecemerlangan dalam pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara yang mampan, kreatif dan inovatif dengan penerapan teknologi terkini. JKR Batang Padang adalah komited dalam melaksanakan perkhidmatan yang konsisten secara proaktif dalam membantu pelanggan dalam penyampaian hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik.

JKR Batang Padang akan mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan, mengukuhkan kompetensi kejuruteraan dan modal insan yang sedia ada serta membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
Adalah diharapkan para pengunjung yang melayari laman web ini akan memperolehi maklumat dan informasi terkini berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JKR Batang Padang dan JKR Negeri Perak.

Selamat melayari Portal Rasmi JKR Negeri Perak Dan JKR Daerah Batang Padang.

 

Sekian, terima kasih

 

Ir. Ilanchelvan A/L Polanippan

JURUTERA DAERAH

JKR BATANG PADANG,TAPAH

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.