MAJLIS PENYERAHAN PROJEK DAIF PERAK (2024) - PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF (PRASEKOLAH 2BD) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDULLAH, CHANGKAT JERING, PERAK (ABA6022)
30 September 2026 (Rabu) Majlis Penyerahan Projek Daif Perak (2024) - Pembinaan Semula Bangunan Daif (Prasekolah 2BD) Di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, Changkat Jering, Perak (ABA6022) yang mengandungi dua bilik darjah serta kemudahan-kemudahan lain mengikut piawai telah berjaya disempurnakan pada 30 September 2026 (Rabu).
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Raihanulazmi Bin Muhamad, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Perak; serta YBrs. Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah JKR Perak.
Turut hadir ialah YBrs. Encik Wan Mohd Sidqi Bin Wan Abd Ghafar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Sektor Prasekolah Seksyen Infra Dan Pembangunan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia; YBrs. Ahmad Rizal Bin Abd Muain, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah) Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Dan Selama; YBrs. Puan Rohana Binti Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah; YBrs. Puan Noor Hasmida binti Din, Jurutera Awam Kanan Bahagian Pejabat Negeri 3, Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia serta Encik Mohd Izwan Bin Md. Zainal Abidin, Pengarah Urusan MCS Management Sdn. Bhd., selaku kontraktor projek.
Pegawai Penguasa (SO) projek ini ialah YBrs. Ir. Muhamad Hambali bin Ab Ghani, Jurutera Daerah JKR Larut, Matang dan Selama, manakala Puan Norhafizah binti Khairudin bertindak sebagai Wakil Pegawai Penguasa Utama. Projek ini telah bermula pada 13 Januari 2025 dan telah disiapkan pada 21 Ogos 2026 iaitu awal 2 hari.
Projek ini telah berjaya diserahkan dengan pencapaian 6 dalam 1, merangkumi: 1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion – CPC) 2. Zero Fatal Accident – Tiada kemalangan maut 3. Zero Injury – Tiada kecederaan 4. Zero Major Defect – Tiada kecacatan utama 5. Projek Siap Awal Dua Hari 6. Penyediaan Coffee Table Book dalam format digital
Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh pasukan projek dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar, selamat dan berkualiti, di samping memenuhi keperluan serta piawaian yang ditetapkan. Penyerahan bangunan prasekolah ini merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif, selesa dan bersesuaian dengan keperluan pendidikan awal kanak-kanak.
Dengan adanya kemudahan yang lebih baik, murid prasekolah berpeluang menikmati persekitaran pembelajaran yang positif dan selesa, sekali gus menyokong perkembangan intelektual, emosi dan sosial mereka.