Skip to main content

Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2012

Berita Terkini

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya Malaysia telah diadakan pada 1 dan 2 November 2012 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Dato€š¬€ž¢ Seri Shaziman Bin Haji Mansor Menteri Kerja Raya Malaysia.

Antara program yang telah diatur ialah pameran inovasi oleh agensi dibawah kementerian, ceramah Inovasi dan penyampaian anugerah-anugerah inovasi tahun 2012. Berteraskan tema €š¬Ã…€œInovasi Asas Kecemerlangan€š¬ sambutan Hari Inovasi ini menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga Kementerian Kerja Raya dalam mengarusperdanakan budaya inovasi kedalam perkhidmatan awam agar kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan ketahap cemerlang.

Syabas kepada Warga BS daripada JKR Kerian kerana telah dinobatkan sebagai juara bahagian teknikal dalam konvensyen KIK Kementerian yang telah diadakan pada 18 Oktober 2012 yang lalu.