Skip to main content

National Innovative And Creative Circle Convention

Berita Terkini

Dalam persekitaran yang sangat kompetitif hari ini, kelajuan perubahan menjadi faktor daya saing dalam strategi organisasi. Selaras dengan perubahan ini,kumpulan inovatif dan kreatif telah muncul sebagai salah satu cara yang paling berkesan dalam menggalakkan industri untuk meningkatkan daya saing.

Aktiviti KIK kini telah diinstitusikan sebagai sebahagian daripada amalan yang terbaik dan ianya diiktiraf keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja. Selain menyumbang kepada inovasi produk, penjimatan kos, pembaziran masa ianya juga dapat memberikan kepuasan pelanggan.


Konvensyen KIK peringkat kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Center pada 14 hingga 17 Oktober 2012 dan sejumlah 171 kumpulan telah menyertai konvensyen tersebut. Warga BS daripada JKR Daerah Kerian telah dianugerahkan dengan Anugerah Emas Tiga Bintang dengan projek bertajuk Papan Tanda Amaran Rosak Lewat Diganti. Tahniah kepada Warga BS.