Skip to main content

Audit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

Berita Terkini

Isu keselamatan dan kesihatan pekerja ditempat kerja adalah agenda yang telah lama dititikberatkan dalam sector awam. Ianya bertujuan untuk memupuk sikap perihatn terhadap keselamatan dan kesihatan melalui skim pengaturan kendiri disamping matlamat jangka panjang ialah untuk menghasilkan suatu budaya kerja yang sihat dan selamat dikalangan semua pekerja dan majikan.

Selaras dengan itu pada 27 September 2012 pihak JKKP telah membuat auditan di Jabatan Kerja Raya Negeri Perak bagi memastikan semua tatacara peraturan dan keselamatan dipatuhi oleh jabatan. Pemereksaan telah dilakukan dengan melihat sendiri persekitaran kawasan bangunan dan tempat kerja.