Skip to main content

Majlis Jamuan Teh Kemerdekaan 2012

Berita Terkini

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan, satu majlis jamuan teh hari kemerdekaan telah diadakan di Dataran Dewan Bandaraya Ipoh. Majlis bertujuan untuk meraikan para peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan disamping penyampaian sumbangan kepada bekas anggota tentera pasukan keselamatan yang telah berjuang mendaulatkan Negara menentang kominis.

Dimajlis yang sama telah diumumkan pemenang pertandingan kawat terbaik dan ceria merdeka 2012. JKR Perak telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Ceria merdeka 2012 ketogeri kecerian pejabat dan kontinjen perbarisan pula telah menduduki tempat kedua dalam pertandingan kawat. Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan telah mencemar duli untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen JKR Perak dan kepada urusetia kecerian bangunan yang telah bertungkus lumas menjayakan mengindahkan bangunan JKR Perak.

Lagi gambarfoto dalam FOTO GALERI...!