Bahagian Pentadbiran dan Kewangan JKR Ibu Pejabat telah mengadakan kursus pengukuhan pasukan di Grand Kampar Hotel pada 16 hingga 18 Ogos 2013. Seramai 46 orang peserta telah melapor diri, mereka terdiri dari kumpulan sokongan.
Beberapa aktiviti dalaman dan luaran telah diatur. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan ialah meneroka Gua Tempurung, permainan menara impian, war games, ice breaking, fi-pit dan membina bangunan. Semua aktiviti yang diatur memerlukan penyertaan ahli kumpulan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Dengan cara ini semangat bekerjasama akan wujud dalam pasukan yang dibentuk.