Jabatan Kerja Raya [JKR] Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebuah jabatan teknikal yang terbesar dan tertua di Negeri Perak. Ditubuhkan pada tahun 1878 sehingga kini menjadi sebuah agensi pelaksana projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pengenalan

Bahagian Jalan bertanggungjawab dalam merangka satu sistem perhubungan dan rangkaian jalan raya yang sempurna, lengkap dan selamat serta ekonomik bagi memenuhi keperluan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Penyediaan rangkaian jalan raya yang sempurna dan efisyen akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kawasan yang belum ada rangkaian jalan raya serta membuka dan membangun kawasan baru.

Fungsi Bahagian

  1. Melaksanakan projek-projek pembangunan jalan dan jambatan bagi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
  2. Menyenggara jalan raya dan jambatan supaya sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat kepada pengguna sepanjang masa.
  3. Menaiktaraf jalan-jalan sedia ada terutamanya dari segi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan.
  4. Menyemak dan memberi ulasan ke atas permohonan-permohonan pembangunan daripada sektor swasta yang melibatkan jalan-jalan JKR.
  5. Sebagai penasihat teknikal kepada Kerajaan dan Jabatan-jabatan Kerajaan.
  6. Menjalankan kerja-kerja banci dan lalu lintas kebangsaan dan kajian ke atas keselamatan jalan raya.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Tuesday 19 March 2024, 06:31:35.