Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , kita diberi peluang berjumpa di penghujung tahun 2020. Saya mengucapkan salam sejahtera kepada seluruh warga kerja JKR Perak Darul Ridzuan .
Halatuju JKR Perak terutamanya dalam menyiapkan projek pembangunan bagi jabatan dan agensi kerajaan di negeri Perak merupakan peranan utama kita. Peruntukan Persekutuan dan Negeri yang di salurkan ke JKR Perak perlu di selaraskan secara sistematik bermula dari fasa perancangan, rekabentuk dan berakhir ke fasa pembinaan kearah memberi perkhidmatan yang selesa dan selamat kepada pelanggan kita .
Saya percaya dengan segala kepakaran profesional yang JKR ada , kita masih mempunyai peluang yang luas untuk terus meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat ke tahap yang lebih tinggi. Disamping itu, warga kerja JKR perlulah mengamalkan sikap berintegriti demi menjaga imej JKR yang cemerlang selaras dengan misi dan visi jabatan.
Warga JKR sekeluarga serta anak anak perlu menumpukan penjagaan kesihatan masakini selaras hasrat kerajaan dalam memerangi dan memutuskan wabak rantaian Covid-19.
Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan untuk terus meraih kejayaan pada tahun 2020 dengan lebih cemerlang serta usaha ini diberkati Allah Subhanahu Wataala.
Sekian, terima kasih.
Pengarah Kerja Raya
Perak Darul Ridzuan