Skip to main content

Sesi Cabutan Nombor Giliran Bagi Perkhidmatan Perunding Untuk Kerja-Kerja Ukur Tanah Di Bawah Peruntukan Negeri Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Bagi Tahun 2026

Berita Terkini

Berlangsung satu sesi Cabutan Nombor Giliran bagi Perkhidmatan Perunding untuk Kerja-kerja Ukur Tanah telahpun berjaya diadakan pada 03 Februari 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Jalan, JKR Negeri Perak. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Ir. Haji Zamri Bin Mat Kasim, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak diiringi Tuan Ir. Farrid Bin Jamaludin, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Perak dan Puan Ir. Zaiton Binti Zainal Badri, Jurutera Awam Penguasa Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Negeri Perak selaku urusetia bagi program ini.

Tujuan sesi cabutan nombor giliran diadakan adalah bagi menentukan Senarai Penggiliran bagi semua Perunding untuk Kerja-kerja Ukur Tanah di bawah Peruntukan Negeri bermula Tahun 2026. Seramai 31 Perunding Juru Ukur Tanah telah hadir ke sesi undian giliran ini. Program ini telah berjaya dijalankan dengan adil dan saksama. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan sesi ini.