Tahniah diucapkan kepada JKR Perak kerana berjaya merangkul Anugerah NAIB JOHAN Kategori Laman Web/Portal Peringkat JKR Negeri Tahun 2023 anjuran oleh Bahagian Teknologi Maklumat Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat pada program JKR Perak Cyber Day 2023 sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN).

Penilaian ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat berdasarkan dari hasil pemantauan oleh pihak MAMPU melalui platform SPLASK.
YBrs. Dato’ Ir. Hamdan bin Ali, Pengarah JKR Perak telah hadir untuk menerima anugerah daripada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengankutan Awam Negeri Perak, YB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Bin Jamaluddin yang diadakan di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak.

Turut serta memeriahkan majlis, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) YBhg. Datuk Sr. Amran Bin Haji Mohd Majid



logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.