• Laman Utama
  • Senarai Berita
  • (20 JAN 2022) PROGRAM INTERVENSI SESI 1/2022 - PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN RADAR, PEJABAT DAN 2 UNIT KUATERS (KOMPONEN 3) DI KUALA GULA PERAK.

TARIKH  : 20 JAN 2022
MASA     : 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT JKR KERIAN

RINGKASAN INFO :

Pada 5 Jan 2022, CPAB Perak telah mengadakan program Intervensi di JKR Kerian  bagi projek Pembinaan Bangunan Radar, Pejabat dan 2 unit Kuaters (komponen 3) Di Kuala Gula, Perak.. Projek ini mengalami perbezaan kemajuan fizikal sebanyak 7 % (Jadual = 94 %, Sebenar = 87 %) dengan kelewatan sebanyak 42 hari.

 Isu kelewatan terjadi bila pihak kontraktor mengalami kekurangan bekalan binaan seperti 'crusher run'. Pihak kontraktor juga  memaklumkan terdapat peningkatan harga semasa ‘crusher run’ di pasaran dari kuari-kuari. Disamping itu juga pihak kontraktor mengalami masalah pengalihan utiliti TNB yang masih belum selesai.

 Kesimpulannya, pihak kontraktor diminta menyelesaikan segera isu kesukaran mendapatkan bekalan bahan binaan dan disamping itu pasukan Projek JKR diminta mengatur segera mesyuarat penyelarasan  berkaitan kos kerja pengalihan utiliti bersama TNB dan kontraktor.

Pihak kontraktor juga  diminta menyegerakan penyiapan kerja-kerja kemasan blok bangunan. Manakala kerja-kerja luaran yang menjadi kerja kritikal projek hendaklah berjalan serentak dengan kerja-kerja bangunan.

 

 

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Isnin 13 Mei 2024, 04:57:50.