• Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • Bisnes Utama
  • Pengurusan Projek

PENGURUSAN PROJEK JALAN & BANGUNAN

Pengurusan Projek

Di dalam bidang pengurusan projek, kami terlibat dalam merancang, merekabentuk, melaksana dan memantau projek. Semasa melaksanakan sesuatu projek, kami perlu mengimbangkan masa, sumber dan kualiti supaya dapat menyiapkan projek tersebut dengan memenuhi objektif dan keperluan pelanggan.

Terdapat dua cara untuk melaksanakan projek-projek kami:

   1. Cara Konvensional

Dengan menggunakan cara konvensional, semua perancangan dan rekabentuk dibuat secara dalaman (in-house). Fasa pembinaan dilakukan oleh kontraktor kami yang dilantik melalui proses tender. Untuk pengawasan danpemantauan, kami mempunyai pilihan sama ada lakukannya sendiri atau melantik jurutera perunding untuk melakukannya.

2. Cara reka dan bina (design and build)

Bagi projek yang dilakukan secara reka dan bina, kami akan menentukan needs statement. Proses yang seterusnya akan bermula dari merancang, merekabentuk dan membina serta memantau akan dilakukan oleh kontraktor. Pada peringkat pembinaan, kami memainkan peranan sebagai juruaudit kualiti dan juga akan memantau projek pada keadaan yang tertentu.

Semua peringkat pengurusan projek yang dilakukan sama ada melalui cara konvensional atau cara reka dan bina, adalah dibatasi oleh Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Sistem ini merupakan usaha kami untuk mendapatkan produk yang berkualiti tinggi dan konsisten melalui kawalan proses.

 Perkhidmatan Perundingan Teknikal

Sebagai perunding kerajaan, kami terlibat di dalam:

1. Perancangan dan rekabentuk projek

Dalam perancangan dan rekabentuk projek, kami bermula dengan mengumpulkan maklumat yang dapat membantu kami dalam menganalisis kebolehlaksanaan projek. Selepas itu, kami meneruskan proses rekabentuk untuk menghasilkan pelan. Kami menggunakan perisian rekabentuk dan CADD (state-of-the-art computer-aided design and drafting)untuk membantu kami dalam rekabentuk senibina, struktur, jalan dan melukis pelan.

2. Memberikan input profesional.

Secara umumnya, input profesional merupakan nasihat teknikal dan penyelidikan. Sebagai contoh, kami memberi cadangan kepada kerajaan/ pelanggan-pelanggan kami mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kegagalan struktur bangunan dan tanah runtuh.

Pelbagai bentuk projek yang dijalankan oleh JKR . Projek yang biasa dijalankan adalah projek jalan, bangunan kerajaan (seperti sekolah, pejabat, kuarter, masjid, hospital dan lain-lain), jeti, pelabuhan dan lapangan terbang. Pelanggan kami ialah Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 00:41:29.