Portal Rasmi JKR Perak

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

PROJEK 2010 - 2011

Portal Rasmi JKR Perak

Mengenai Kami

E-mail Cetak PDF
Jabatan Kerja Raya [JKR] Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebuah jabatan teknikal yang terbesar dan tertua di Negeri Perak. Ditubuhkan pada tahun 1878 sehingga kini menjadi sebuah agensi pelaksana projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

 

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat negeri Perak khasnya, jabatan ini dipimpin oleh Dato' Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad sebagai Pengarah Kerja Raya Negeri Perak dan Haji Ahmad Baidove Bin Haji Anuar sebagai Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Perak. JKR Perak kini mempunyai 3,000 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Selain dari Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Perak juga memberikan perkhidmatan menyenggara kemudahan awam seperti jalanraya, bangunan-bangunan kerajaan dan jambatan. JKR Perak juga memberikan khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan serta agensi kerajaan lain yang memerlukannya dari semasa ke semasa.

1. Pengurusan Pembangunan Projek Negeri & Persekutuan
2. Pengurusan Senggaraan & Pembaikan
3. Pengurusan Pembangunan Tepi Jalan.
Last Updated on Selasa, 07 Februari 2012 19:39

LAMAN WEB RASMI JKR PERAK

E-mail Cetak PDF

Selamat datang ke Laman Web Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga diatas segala ulasan, cadangan, pertanyaan dan tohmahan yang diberikan dalam ruang maklumbalas dan saya menganggap kesemua maklumbalas tersebut adalah nasihat-nasihat yang sangat berharga kepada jabatan ini dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dimasa-masa yang akan datang.

Last Updated on Khamis, 09 Februari 2012 14:52 Baca Lagi...

Perutusan Pengarah Kerja Raya Perak Sempena Tahun 2012

E-mail Cetak PDF

Assalamualaikum w.m.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. lantaran izin dan kehendakNya jua, kerana sekali lagi kita diberikan peluang untuk melangkah ke gerbang Tahun 2012, sekaligus melabuhkan tirai 2011 yang telah kita lalui dalam suasana tenang dan damai. Sesungguhnya waktu dan masa berpacu dengan amat pantas, hari esok menjadi tanda pembuka lembaran kepada dekad yang seterusnya penuh dengan cabaran.

Last Updated on Khamis, 09 Februari 2012 14:51 Baca Lagi...

Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Soalan Lazim

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia.
Tel: 605-2534041 Faksimili: 605-2415328 Toll Free: 1-800-88-3377
Email : admin@jkrperak.gov.my

 
You are here MUKA HADAPAN