Iklan Tender / Kenyataan Tender sepertimana dalam suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian bertarikh 5 Mei 2016

Maklumat Projek
Tajuk Projek Membina Sebuah Surau Baru Dan Dewan Komuniti Untuk Penduduk Kampong Kolam, Tanjung Rambutan, Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan.
Lawatan Tapak

Diwajibkan. Tarikh: 12/5/2016(Khamis). Masa: 10.00pg.

Tempat: Pejabat Jurutera Daerah, JKR Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Tarikh Iklan 5/5/2016 Pejabat yang memanggil tawaran JKR Perak Darul Ridzuan
Maklumat Kontraktor
Taraf Bumiputera Jenis syarikat T1
Kelas G3 Kategori & Pengkhususan B
B04
Maklumat Tender Dokumen
Harga RM62.00 Bayaran atas nama Pengarah Kerja Raya,
Negeri Perak Darul Ridzuan
Tarikh mula dijual 12/5/2016
(Khamis)
Tarikh akhir dijual 26/5/2016
(Khamis)
Tempat dijual Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan)
Tarikh ditutup  02/6/2016
(Khamis)
Waktu ditutup 12:00 tengahari
Tempat ditutup Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan)
       
Lawatan Tapak
Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.
       
Dokumen Meja Tender
Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat - pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 
 
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama seperti dinyatakan di atas. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASALPerakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan).
       
Jenis Syarikat Tempatan
T1 Syarikat 100% milik tempatan.
A1 Syarikat 100% milik tempatan atau syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.
A2 Syarikat 100% milik tempatan, syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL dan Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.