Sambutan hari inovasi dan majlis penghargaan pesara JKR Perak telah diadakan pada 17 Disember 2013 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB. Dato€™ Zainol Padzi Bin Haji Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

Dengan bertemakan €œKeberhasilan Inovasi, Perkhidmatan Berkualiti€ akan dapat melonjakan lagi perubahan minda dan tatacara kerja yang lebih efisien dikalangan kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.

Beberapa anugerah inovasi telah dipertandingkan. Ianya merupakan langkah yang baik bagi mencetus pemikiran kreeatif dan kritis dikalangan warga JKR. Seramai enam puluh empat pesara telah menerima sijil pesaraan masing-masing dan pemenang-pemenang anugerah inovasi telah dianugerahkan dengan sijil, wang tunai dan piala.

Pemenang keseluruhan inovasi JKR Perak bagi tahun 2013 jatuh kepada JKR Daerah Kinta. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.