Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar-gambar dan kenderaan yang dimiliki, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia.

Kini sebuah lagi bangunan tambahan gedung simpanan rekod telah siap dibina bersebelahan dengan galeri yang sediada. Kos pembinaan RM 24 Juta dan telah berjaya disiapkan oleh Famina Enterprise dalam tempoh 29 bulan dari tarikh milik tapak. Bangunan yang dilengkapi dengan teknologi terkini akan menjadi satu lagi tarikan pelancong untuk berkunjung ke Galeri Sultan Azlan Shah Di Bukit Chandan Kuala Kangsar.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.