Skip to main content

Serah Masjid Kepayang Fair Park

Berita Terkini

Kini penduduk sekitar Kampung Kepayang Fair Park Ipoh boleh tersenyum dan berbangga kerana sebuah masjid yang diharap-harapkan telah dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Masjid yang bernilai RM 2.2 juta itu telah disempurnakan pembinaannya oleh kontraktor yang dilantik Konsortium Kontratasa Utama Sdn. Bhd. mengambil masa selama 105 minggu untuk disiapkannya.

Majlis penyerahan bangunan dan menandatanggani surat penyerahan telah diadakan pada hari Jumaat 1 Februari 2013. Pengarah JKR Perak Dato€š¬€ž¢ Ir. Dr. Safry Kamal sendiri telah menyerahkan dokuman serahan kepada pengerusi jawatankuasa masjid Kampung Kepayang Fair Park.