• Main Page
  • Keterangan Laman Web
  • Frequently Asked Questions

1. Apakah yang dimaksudkan JKR Perak?

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR Perak adalah sebuah jabatan negeri dibawah Jabatan Kerja Raya Malaysia yang ditadbir-urus oleh Kementerian Kerja Raya. Sebagai sebuah agensi pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan negeri dan persekutuan, JKR Perak bertanggungjawab dalam pembangunan prasarana kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat negeri Perak keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang mulia ini, JKR telah ditempatkan di setiap negeri dan daerah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kerajaan dengan rakyat.


2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Perak?

JKR Perak memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk, dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam di negeri kita. Kami menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.


3. Bolehkah saya memohon untuk menjadi kakitangan JKR Perak?

Sudah tentu boleh! Pegawai dan Kakitangan JKR khasnya JKR Perak adalah terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bila ada tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui akhbar-akhbar utama.


4. Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Perak?

Anda boleh menggunakan Aplikasi Direktori Warga JKR Perak untuk menghubungi kakitangan di seluruh Jabatan Kerja Raya Negeri Perak termasuk di JKR Cawangan dan Daerah.

5. Bagaimana untuk menghubungi JKR Perak ?

Alamat dan nombor telefon kami adalah sseperti di bawah:

Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan,
Ibu Pejabat JKR,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh Perak.

Tel: 05-2534041
Fax: 05-2415328

6. Bagaimana untuk sampai ke ibu pejabat JKR Perak?

Peta lokasi JKR Perak menggunakan kemudahan Google Map dan untuk sampai ke pejabat kami menjadi sangat mudah.

klik sini




logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Tuesday 19 March 2024, 06:31:35.