• Laman Utama
  • Senarai Berita
  • (20 JAN 2022) PROGRAM INTERVENSI SESI 1/2022 - PROJEK MEMBINA JALAN TUJU KE JAMBATAN KUALA KURAU PERAK.

TARIKH  : 20 JAN 2022
MASA     : 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT JKR KERIAN

RINGKASAN INFO :

Pada 5 April 2022, CPAB Perak telah mengadakan program Intervensi di JKR Kerian  bagi projek membina jalan tuju ke jambatan kuala Kurau Perak.. Projek ini mengalami perbezaan kemajuan fizikal sebanyak 10 % (Jadual = 100 %, Sebenar = 90 %) dengan kelewatan sebanyak 56 hari.

 Isu kelewatan terjadi bila pihak kontraktor mengalami masalah sumber kewangan akibat akaun dibekukan oleh SPRM, Disamping itu juga kontraktor juga mengalami masalah kekurangan pekerja  mahir ditapak dan masalah mendapatkan bekalan bahan binaan. Selain dari itu pihak kontraktor juga mengalami masalah kekurangan peralatan dan mesin.

 Kesimpulannya, pihak kontraktor diminta mencari jalan menyelesaikan masalah kewangan secepat mungkin. Disamping meningkatkan prestasi kerja fizikal mencapai kemajuan  5% sebulan mulai januari 2022 sehingga genap 10%  tarikh siap 21 mac 2022 sebagaimana  yang dicadangkan oleh kontraktor melalui “Recovery Plan”.

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.