Bengkel Penyediaan Pelan Bisnes 2021-2025 & Pelan Risiko JKR Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 22 dan 23 Mac 2021 di Hotel Kinta Riverfront Ipoh. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya , Ir. Hj. Hamdan Bin Ali. Turut hadir sama semasa Majlis Perasmian bengkel ini Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah, Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi, Ir. Ts. Dr. Haji Zarabizan Bin Zakaria, dan pasukan fasilitator dari Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi , Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) JKR Malaysia.

Bengkel ini telah disertai oleh semua Bahagian, Cawangan dan Daerah di JKR Perak yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Jurutera Daerah, Jurutera Kanan dan Urus Setia Bahagian Pengurusan Korporat selaku penganjur bengkel.

Roadshow Pelan Strategik JKR 2021-2025 Zon Utara telah diadakan semasa bengkel ini dan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi , Ir.Ts.Dr. Haji Zarabizan Bin Zakaria. Roadshow ini telah disaksikan bersama semua Pegawai Prestasi di negeri Zon Utara secara langsung menerusi aplikasi Google Meet. 

 
   
 
   
 
   
   

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.