Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 13-15 Mei 2019 di Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai Site Pertama dan Ibu Pejabat JKR Perak sebagai Site Kedua.

Sukacita dimaklumkan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah mengesyorkan pensijilan ke atas Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Ibu Pejabat JKR Perak (sebagai Site Kedua) telah melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga yang mematuhi standard ISO 50001:2011.

Untuk makluman, Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia dapat mengekalkan keputusan 0 NCR & 0 OFI sepertimana tahun lalu, manakala Ibu Pejabat JKR Perak juga turut membanggakan apabila menerima 0 NCR & 3 OFI  buat kali pertama diaudit pensijilan. Komitmen dan inisitiaf yang ditunjukkan telah mendapat pujian auditor.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pasukan Pengurusan Tenaga Kompleks Ibu Pejabat JKR dan Pasukan Pengurusan Tenaga Ibu Pejabat JKR Perak, juga Wakil Tingkat, Pengurus Fasiliti, serta semua warga JKR amnya.

TAHNIAH di atas kejayaan memperoleh pensijilan SIRIM ISO 50001:2011. Semoga prestasi cemerlang ini dapat menjadi contoh yang baik dan pendorong kepada semua warga JKR khasnya JKR Negeri di Malaysia yang akan mengorak langkah ke arah pensijilan pada masa akan datang.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.