2 Ogos 2017 telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan JKR Perak Bil.2/2017 bertempat di perkarangan pejabat JKR Perak. Semua kakitangan Ibu Pejabat serta daerah telah hadir. Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-60 pada tanggal 31 Ogos 2017, JKR Perak telah membuat Pelancaran Jalur Gemilang di kenderaan jabatan yang dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, YB. Dato' Haji Jamilol Nasir Bin Saad.

Dalam ucapan beliau, "penjawat awam telah memainkan peranan yang cukup penting untuk membangunkan negara. Kerana itulah penjawat awam digelar sebagai 'Tiang Seri Negara'. Oleh itu, menyeru agar semua kakitangan JKR Perak dapat terus berjuang dan berusaha dalam memartabatkan kemerdekaan negara kita selain menjadi pemudahcara kepada aktiviti sektor swasta, NGO dan rakyat keseluruhannya."

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 13 June 2024, 06:45:56.