19 April 2017 - Perasmian pembukaan Jalan Changkat Jong ke Kampung Banjar, Daerah Hilir Perak oleh Y.A.B Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir pada 19 April 2017. Majlis tersebut telah dimulai dengan taklimat projek yang telah disampaikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Dato' Haji Jamilol Nasir Bin Saad.

Projek ini merupakan Projek Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) yang telah dirancang pada tahun 2010. Ia merangkumi 3 Fasa. Pembinaan Fasa 1 melibatkan kerja-kerja tambakan dan rawatan tanah termasuk semua kerja perparitan dimana ia telah disiapkan pada 20 April 2011 dengan kos sebanyak RM 7.2 juta. Fasa 2 pula melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah jambatan bersaiz 20m x 40m, pembinaan persimpangan Jalan Changkat Jong dan pembinaan persimpangan Kampung Banjar. Kerja bagi Fasa 2 ini melibatkan kos sebanyak RM 12.7 juta dan telah disiapkan pada tarikh 17 April 2017. Kerja-kerja bagi Fasa 2 ini juga telah berjaya disiapkan lebi awal dari tarikh jangkaan siap iaitu pada 26 April 2017.

Bagi kerja Fasa 3 pula, ia melibatkan pembinaan jalan sepanjang 1.9km bagi menghubungkan persimpangan Jalan Changkat Jong dan jambatan. Kos bagI Fasa 3 tersebut ialah sebanyak RM 2.5 juta dan telah disiapkan pada 12 November 2015. Anggaran jumlah keseluruhan kos bagi ketiga0tiga Fasa diatas adalah sebanyak RM 22.4 jut. Pembinaan projek ini adalah sebagai laluan alternatif dan jalan pintas yang menghubungkan antara laluan FT058 (Jalan Changkat Jong) ke laluan A148 (Jalan Padang Tembak). Pembukaan laluan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak bagi trafik yang menghala ke Pekan Teluk Intan

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.