Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja JKR Perak yang telah terlibat dalam memperolehi Ketidakpatuhan Sifar (0 NCR) dan beberapa penambahbaikan semasa Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd yang telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Disember 2016.

JKR Perak telah berjaya buat kali ketujuh (7) dalam mengekalkan pencapaian ketidakpatuhan sifar bagi Audit SPK JKR MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM. Pencapaian tersebut telah berjaya dikekalkan semenjak tahun 2011 hingga 2016 yang melibatkan sebanyak dua (2) kali Audit Persijilan Semula dan lima (5) kali Audit Pemantauan.

Audit kali ini melibatkan beberapa bahagian dan daerah antaranya Bahagian Pengurusan Korporat, Bahagian Jalan dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Manakala untuk daerah yang terlibat ialah JKR Daerah Larut Matang dan Selama, JKR Daerah Manjung dan JKR Daerah Batang Padang.

JKR Perak yang dpersijilkan telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berdasarkan prosuder yang dibangunkan serta memenuhi secara asasnya keperluan standard MS ISO 9001:2008

Terima kasih dan tahniah sekali lagi diucapkan di atas komitmen dan kerjasama dari semua pihak pengurusan dan pelaksana bahagian dan daerah dalam menjayakan audit pada kali ini.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.