[Prosedur Kualiti JKR(PK)TJ/4]
[Senarai] [PTJ1] [PTJ2] [PTJ3] [PTJ4] [Carta Aliran]

Garis panduan ini hanya dipetik sebahagian kecil daripada kandungan sebenar daripada Buku Arahan Teknik (Jalan) 3/85(Pindaan 1/88) - JKR 20401-0002-88. Ianya sebagai makluman tentang aturcara Pemerosesan Permohonan Pembanguanan Tepi Jalan yang melibatkan pihak JKR.

PENDAHULUAN

Garis Panduan (pindaan) ini adalah dikeluarkan untuk mengemaskini Arahan Teknik (Jalan) 3/85 yang telah diterbitkan dalam tahun 1985 sejajar dengan keputusan yang dibuat semasa Bengkel Piawaian dan Garis Panduan Jalan Yang ke-4 1987. Selain daripada pengubahsuaian serta pembetulan perkara-perkara dahulu untuk memenuhi kehendak semasa, ia juga mengandungi perkara-perkara baru supaya dapat membantu dalam proses meluluskan sesuatu permohonan pembangunan tepi jalan.

Walaupun demikian, maklumbalas masih digalakkan daripada pengguna-pengguna supaya Garis panduan ini dapat dibetulkan sekiranya perlu.

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan dalaman JKR sahaja.

PROSES PERMOHONAN

1. Cara Mengemukakan Permohonan ke JKR

  • Kebiasaannya permohonan dimajukan dimasa pecah sempadan. Kadangkala permohonan diterima diperingkat ubah syarat.
  • Carta pergerakan proses permohonan tukar syarat tanah adalah seperti di Lampiran A.
  • Carta pergerakan proses permohonan pecah sempadan adalah seperti di Lampiran B.

2. Jangka Masa Untuk Pemerosesan

Jangka masa diberi kepada Pengarah Negeri dan Jurutera Daerah untuk memberi jawapan kepada Urusetia (Pengarah Tanah dan Galian, Pemungut Hasil Tanah, Badan-badan Berkuasa Tempatan dan lain-lain yang mana yang bersesuaian) mestilah tidak lebih daripada 2 bulan daripada tarikh diterima permohonan itu oleh JKR.

Pengarah Negeri adalah bertanggung jawab mempastikan jangkamasa tersebut dipatuhi.

3. Cara Memproses Permohonan

Arahan kepada pemohon adalah seperti di Lampiran C. Pengarah Negeri perlu mencetak arahan ini sendiri dan membekalkannya, tanpa bayaran, kepada pemohon melalui Urusetia yang akan memastikan syarat-syarat tersebut dipatuhi sebelum memajukan permohonan-permohonan kepada JKR.

Apabila permohonan diterima oleh Pejabat Pengarah JKR Negeri/Daerah, permohonan tersebut diproses di peringkat Negeri/Daerah itu dengan segera. Hanya kes-kes khas atau rayuan sahaja yang patut dimajukan kepada Pengarah Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR, K.Lumpur.

Permohonan mestilah dipertimbangkan tiap-tiap minggu. Bagaimana pun, Pengarah Negeri bolehlah menggunakan budi bicara sendiri untuk menentukan jangka masa yang sesuai.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.