[Prosedur Kualiti JKR(PK)TJ/2]
[Senarai] [PTJ1] [PTJ2] [PTJ3] [PTJ4] [Carta Aliran]

DEFINISI

  • Permohonan adalah Individu, Juru perunding, Kerajaan Tempatan, atau Jabatan Kerajaan yang membuat permohonan.
  • Skim perumahan merangkumi pembinaan rumah jenis sebuah atau lebih, teres, pangsa, kedai, pejabat, bangunan, bengkel dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

TUJUAN

Prosedur ini adalah tatacara memberi kelulusan dan/atau khidmat nasihat ke atas rayuan sesuatu permohonan pembangunan tepi jalan bagi memastikan kelulusan dan/atau khidmat nasihat teratur dan mematuhi polisi-polisi yang terbabit agar keselamatan lalulintas terjamin.

SKOP PROSIDUR

Prosedur ini digunapakai untuk memberi kelulusan persimpangan jalan keluar/masuk dan papan tanda dan/atau khidmat nasihat dalam memproses rayuan pembangunan tepi jalan dalam memproses permohonan pembangunan tepi jalan Negeri dan Persekutuan yang diterima daripada pemohon.

Jenis-jenis permohonan yang berbentuk kelulusan adalah seperti berikut:-

a. Permohonan Papantanda.

b. Permohonan Kelulusan Persimpangan Jalan Keluar/Masuk

  • Industri
  • Skim Perumahan
  • Stesen Minyak

Jenis-jenis permohonan yang berbentuk khidmat nasihat adalah seperti berikut:-

a. Tukar Syarat Tanah Milik:-

  • Industri
  • Skim Perumahan
  • Stesen Minyak

b. Permohonan Tanah Kerajaan / Pecah Sempadan

  • Industri
  • Skim Perumahan
  • Stesen Minyak
  • Pertanian/Ternakan
  • Bangunan/Bengkel
  • Kuari

c. Permohonan Lombong Pasir / Tanah Merah / Kuari.

d. Permohonan Membangun Tanah Persendirian.

Dalam melaksanakan proses rayuan, hanya salah seorang pegawai sahaja yang ternyata diruang tanggungjawab akan mengambil tindakan mengikut sumber manusia yang terdapat di pejabat yang terlibat.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 29 March 2024, 03:51:49.