Jabatan Kerja Raya Perak adalah sebuah agensi teknikal kerajaan yang terbesar di Negeri Perak Darul Ridzuan. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1878 dengan diketuai oleh Mr. P.Doyle seorang warga negara British. Pada ketika itu Ibu Pejabat JKR terletak di Bandar Taiping.

Mr. P.Doyle pada ketika itu mentadbir hanya tiga daerah sahaja iaitu JKR Daerah Larut, JKR Daerah Durian Sebatang dan JKR Daerah Kuala Kangsar.

Daerah Larut terkenal dengan adanya bijih timah dan sekarang JKR Daerah Larut dikenali dengan nama JKR Daerah Larut, Matang dan Selama, manakala JKR Daerah Durian Sebatang dikenali dengan nama JKR Daerah Hilir Perak dan JKR Daerah Kuala Kangsar masih kekal dengan nama asal dan Kuala Kangsar adalah Bandar DiRaja Perak.

Selepas Peperangan Dunia Kedua Ibu Pejabat JKR Perak telah berpindah dari Bandar Taiping ke Bandaraya Ipoh iaitu ibu negeri Negeri Perak Darul Ridzuan.Bandaraya Ipoh terletak di utara Kuala Lumpur iaitu Ibu Negara Malaysia. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa lebih kurang dua jam.

JKR-JKR Daerah di Perak terdiri daripada :- JKR Hulu Perak, JKR Kuala Kangsar, JKR Larut Matang & Selama, JKR Kinta, JKR Perak Tengah, JKR Batang Padang, JKR Hilir Perak, JKR Kerian dan JKR Manjung. Setiap daerah diketuai oleh seorang Jurutera Daerah yang bertanggungjawab kepada Pengarah JKR Perak.

JKR Perak adalah merupakan nadi utama kepada Kerajaan Negeri dalam bidang teknikal bagi melaksanakankan projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam.

Ketika ini JKR Perak diterajui oleh Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad sebagai Pengarah dengan dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Baidove Bin Haji Anuar sebagai Timbalan Pengarah.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.