Skip to main content

PERMOHONAN PEMBANGUNAN TEPI JALAN

[Prosedur Kualiti JKR(PK)TJ/1]
[Senarai] [PTJ1] [PTJ2] [PTJ3] [PTJ4] [Carta Aliran]

DEFINISI PROSIDUR

  • Permohonan adalah Individu, Juru perunding, Kerajaan Tempatan, atau Jabatan Kerajaan yang membuat permohonan.
  • Skim perumahan merangkumi pembinaan rumah jenis sebuah atau lebih, teres,pangsa, kedai, pejabat, bangunan, bengkel dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

TUJUAN PROSIDUR

Prosedur ini adalah tatacara memberi kelulusan dan/atau khidmat nasihat ke atas sesuatu permohonan pembangunan tepi jalan bagi memastikan kelulusan dan/atau khidmat nasihat teratur dan mematuhi polisi-polisi yang terbabit agar keselamatan lalulintas terjamin.

SKOP PROSIDUR

Prosedur ini digunapakai untuk memberi kelulusan persimpangan jalan keluar/masuk dan papan tanda dan/atau khidmat nasihat dalam memproses pemohonan pembangunan tepi jalan Negeri dan Persekutuan yang diterima daripada pemohon. Jenis-jenis permohonan yang berbentuk kelulusan adalah seperti berikut:-

a. Signboard Application

b. Permohonan Kelulusan Persimpangan Jalan Keluar/Masuk

  • Industri
  • Skim Perumahan
  • Stesen Minyak

Jenis-jenis permohonan yang berbentuk khidmat nasihat adalah seperti berikut:-

a. Tukar Syarat Tanah Milik:-

  • Industri
  • Skim Perumahan
  • Stesen Minyak

b. Permohonan Tanah Kerajaan / Pecah Sempadan

  • Industri
  • Skim Perumahan
  • Stesen Minyak
  • Pertanian/Ternakan
  • Bangunan/Bengkel
  • Kuari

c. Permohonan Lombong Pasir / Tanah Merah / Kuari.

d. Permohonan Membangun Tanah Persendirian.

Dalam melaksanakan proses tindakan, hanya salah seorang pegawai sahaja yang ternyata diruang tanggungjawab akan mengambil tindakan mengikut sumber manusia yang terdapat di pejabat yang terlibat.