• Main Page
  • Berita
  • Seminar Integriti "Sejauh mana penghayatan kita dalam tugas"

16 Ogos 2016 - Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Oleh yang demikian bagi memberi pendedahan dan penerangan berkenaan integriti dikalangan penjawat awam dan organisasi, Bahagian Pengurusan Korporat telah mengadakan seminar integeriti yang bertajuk "Sejauh Mana Penghayatan Kita Dalam Tugas" pada 16 Ogos 2016 bertempat di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz, JKR Perak.

Pihak pengajur telah menjemput 3 penceramah, dimana pada sesi pertama telah disampaikan oleh En. Abdul Rahman Hashim , Pegawai Integriti dari Institut Darul Ridzuan dengan tajuk ceramah beliau, Isu dan masalah integriti dalam perkhidmatan awam. Dalam ceramah tersebut, beliau telah memberi pendedahan tentang keburukan sekiranya penjawata awam yang tiada integriti dalam sesuatu pekerjaan dan setiap pekerjaan yang dilakukan haruslah hadir dengan perasaan ikhlas kerana Allah s.w.t bagi yang beragama islam. Pada sesi kedua pula, tajuk Corruption Risk Management (CRM) telah disampaikan oleh En. Abdul Rani Bin Harun, Penolong pengarah Kanan Korporat, JKR Perak. Beliau merupakan pegawai integriti bagi JKR Perak. Pelaksanaan CRM akan memudahkan pembentukan Pelan Strategik Integriti organisasi kerana ia dapat membantu mengenalpasti isu-isu rasuah dan kelemahan tadbir urus yang wujud dalam organisasi.

Seminar tersebut telah diteruskan pada sesi petang dengan ceramah bertajuk Amanah dan Penghayatan Dalam Pekerja Seharian yang telah disampaikan oleh Haji Harith Fadzilah Bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah JAIPk. Kesimpulan pada seminar itu, setiap penjawat awam , haruslah menerapkan sifat amanah, jujur, berahlak baik dalam kehidupan seharian tidak kiralah di tempat kerja atau dimana saja agar kehidupan lebih berkat dan bahagia.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 24 April 2024, 00:09:08.