Kursus Hadkuasa Dan Bidang Tugas Pegawai Penguasa di JKR Perak anjuran Bahagian Kontrak & Ukur Bahan telah di adakan pada 16 Februari 2016 bertempat di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz Tingkat 3, JKR Perak. Objektif kursus diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan membuka ruang perbincangan isu-isu berbangkit dalam pentadbiran kontrak dan pengurusan tapak bina bersama penceramah jemputan iaitu Sr. Amran Bin Mohd Majid.