• Main Page
  • Berita
  • Majlis Perhimpunan Pagi Pengarah & Pegawai-Pegawai Kanan JKR Negeri Perak Bersama Warga JKR Perak Tengah

Majlis Perhimpunan Pagi Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan JKR Negeri Perak Bersama Warga JKR Perak Tengah telah di adakan pada 27 Januari 2016 bertempat di Perkarangan Bangunan Pejabat JKR Perak Tengah, Seri Iskandar. Majlis telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku seterusnya bacaan doa bagi memberkati majlis.

Tanpa melengahkan waktu, majlis diteruskan dengan ucapan aluan Jurutera Daerah JKR Perak Tengah, Yahayaruddin Bin Mohamed Yaacob dan disusuli ucapan dari Timbalan Pengarah JKR Negeri Perak, Tuan Haji Jamilol Nasir Bin Saad. Majlis diselangi dengan persembahan gimik dan seterusnya memotong kek bagi kakitangan-kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Januari.

     

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.