Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovasi CKE Perak yang diketuai oleh En. Nasrullah Bin Abdul Manaf kerana telah berjaya mendapat johan Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2015 dengan tajuk projek Early Detect Distribution Board sekaligus merangkul piala pusingan sempena Hari Inovasi 2015 yang telah berlangsung pada 5 - 6 Oktober 2015. Hari Inovasi 2015 telah diadakan di Dewan Utama Tabung Haji, Pulau Pinang.

JKR Perak juga ingin mengucapkan syabas kepada Kumpulan KIK Teras 2 , JKR Daerah Batang Padang kerana telah mendapat johan bagi kategori teknikal dengan tajuk projek Meningkatkan Perlindungan Muka Cerun Runtuh dan merangkul piala pusingan. Tidak dilupakan juga Kumpulan A'Pro, JKR Ibu Pejabat di atas penyertaan bagi kategori pengurusan dengan tajuk projek, Carian Auto Daftar Baucar (CAD'B).

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Tuesday 23 April 2024, 05:37:19.