Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Ia telah disyariatkan pada tahun 2 hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan al-Quran dalam surah ai-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36.

Ibadat qurban adalah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT selain dari sebagai rasa bersyukur terhadapNya diatas segala nikmat Nya yang berbagai. Ini menjadi amalan tahunan umat Islam khususnya di Malaysia.

JKR Perak telah mengadakan majlis tersebut pada 7 Oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijjah 1435H. Sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya telah diagih-agihkan kepada warga JKR Perak. Pengagihan ini telah disempunakan oleh Timbalan Pengarah JKR Perak Tn. Hj. Jamilol Nasir bin Saad.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.