Pusat Transformasi Luar Bandar orang asli pertama di Malaysia akan menjadi kenyataan menjelang tahun 2017. Peruntukan sejumlah RM 61 juta bagi menjayakan impian ini telah disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang disalurkan kepada JAKOA dan kampung orang asli Bawong menjadi pilihan.

Projek pembinaan dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1 menyaksikan pembinaan masjid dengan Kos pembinaanya berjumlah RM 1.7 juta. Projek ini menyaksikan kemahiran anak tempatan orang asli melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan projek ini dijangka siap pada hujung bulan mei 2014 mendahulu jadual sebenar.

Fasa 2 pembinaan sekolah dan asrama sedang rancak dilaksanakan. Kerja-kerja tanah dan cerucuk sedang berjalan. Fasa ini dijangka siap pada hujung tahun 2015 dan fasa 3 pusat komersial masih dalam proses pengambilan tanah.

Apabila siapnya projek ini nanti akan membawa perubahan kepada masyarakat orang asli sekitar Bawong melaksanakan aktiviti-aktiviti bercorak nilai tambah selain dapat memasarkan produk-produk pertanian dengan terancang.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.