Jambatan Kampung Chuar merupakan sebuah jambatan menghubungkan dua mukim iaitu Mukim Chegar Galah dan Mukim Kota Lama Kiri. Pembinaan jambatan ini bagi mengantikan jambatan lama yang runtuh akibat hujan lebat dan banjir kilat.

Dengan kos RM 1.9 juta jambatan ini dibina mengunakan rasuk konkrit berkeluli fiber berprestasi tinggi yang boleh menampung bebanan tiga kali lebih kukuh dari jambatan biasa disamping dapat mempercepatkan masa dan kos pembinaan. Jambatan ini berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual sebenar. Majlis perasmian pembukaan jambatan kampong Chuar telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada 22 Februari 2014.

Turut hadir pada majlis ini Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Pengarah JKR Negeri Perak, YDH Toh Paduka Setia Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad, Jurutera Daerah Kuala Kangsar, pegawai-pegawai kanan jabatan dan penduduk setempat.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.