JKR Negeri Perak telah pertama kalinya menyertai Malaysia Technology Expo 2014 (MTE) yang dianjurkan oleh MARS (MOSTI) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. MTE 2014 ini telah berlangsung selama 3 (tiga) hari bermula pada 20 hingga 23 hb. Februari 2014, yang telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamed Diah Timbalan Menteri Sains, Teknology dan Inovasi.

Sejumlah 472 produk inovasi telah dipertandingkan dan JKR Malaysia keseluruhannya merangkul 16 anugerah dari 18 produk yang dipertandingkan. Tidak ketinggalan juga JKR Perak telah memperkenalkan sejumlah 5 produk inovasi yang dipertandingkan yangmana 3 produk inovasi telah direkacipta oleh kumpulan ASAH, JKR Hulu Perak dan 2 produk lagi dari kumpulan Warga BS, JKR Kerian. Kelima-lima produk inovasi tersebut telah memenangi anugerah masing-masing iaitu :-

i. Swinging Temporary Road Sing - Anugerah Emas,

Ii. Asah Road Stud - Anugerah Perak

Iii. Kilometer Post Asah - Anugerah Perak

Iv. Median Night Reflector Post - Anugerah Perak

V. B-TST - Anugerah Gangsa

Menariknya, Swinging Temporary Road Sing telah mendapat Anugerah Khas Juri - Anugerah Emas dan menerima wang tunai RM500.00. JKR juga telah mendapat tempat kelima BEST BOOTH DESIGN AWARD - CATEGORYN BARE SPACE. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan kepada semua yang terlibat menjayakannya.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mac 2024, 03:51:49.