JKR Perak, Empayar Indera dan Ikram Sdn. Bhd. berganding bahu menganjurkan taklimat pengurusan pavement dan inventori jalan pada 13 Feb 2014 bertempat di Ball Room 5, Tingkat Satu, Casuarina Meru. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YDHToh Paduka Setia Dato€™ Ir. Dr. Safri Kamal bin Haji Ahmad, Pengarah JKR Negeri Perak.

Tujuan taklimat ini diadakan untuk memperkenalkan satu sistem pengurusan pavement dan inventori jalan kepada unit teknikal senggara jalan. Sistem yang telah diluluskan pelaksanaanya oleh kerajaan Negeri Perak yang telah melantik JKR Perak untuk menjayakannya. Tujuan utama adalah untuk memantau jalan-jalan negeri sepanjang 3214 kilometer.

Sistem yang dibangunkan dengan menggunakan perisian HDM-4 ini mampu mengenal pasti jalan-jalan yang rosak teruk yang perlu kepada pembaikan segera, mampu mengesan kedudukan inventori jalan dan mampu merancang dan membuat perkiraan anggaran peruntukan yang diperlukan untuk kerja-kerja senggaraan jalan.

JKR Negeri Perak adalah perintis kepada penggunaan system PMS Perak untuk jalan negeri. Moga dengan adanya sistem ini jalan-jalan di Negeri Perak akan dapat memberi keselesaan kepada pengguna dan dapat menghasilkan satu jalan yang berkualiti.

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.